Forum Awam SLE

Dianjurkan oleh
Persatuan SLE Malaysia (Kumpulan Sokongan Johor)

Tarikh
Sabtu, 30 Januari 2010

Masa
12:00 tgh – 4:00 ptg

Tempat
Dewan Kuliah Monash University
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (peta)

Program

12:00 tgh Pendaftaran & Tayangan video “Sistemik Lupus Eritematosus”
12:30 ptg Makan tengahari
1:30 ptg “Pengenalan: Persatuan SLE Malaysia”
Cik Chee Siew Lian, Setiausaha Eksekutif PSLEM & Puan Tan Ai Hwa, PSLEM Kumpulan Sokongan Johor
2:00 ptg “Apakah Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)?”
Dr. L. Pagalavan, Pakar Rheumatologi
Monash University & Hospital Sultanah Aminah dan Wakil PSLEM Negeri Johor
2:30 ptg “Buah Pinggang dalam SLE”
Dr. Ahmad Fauzi Abdul Rahman
Pakar Nefrologi, Puteri Specialist Hospital, Johor Bahru
3:00 ptg Mesyuarat Agung Tahunan PSLEM Kumpulan Sokongan Johor & Pemilihan Ahli-ahli Jawatankuasa bagi tahun 2010/2012
4:00 ptg Jamuan ringan

 

Semua Pesakit SLE & Ahli Keluarga dijemput hadir! Penyertaan adalah percuma. Tentukan kehadiran sebelum 23 Januari.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Tan Ai Hwa, HP: 012-7628002.
Bagi tentukan kehadiran anda, sms kepada Puan Tan Ai Hwa seperti berikut:
HADIR FORUM SLE 30 JAN, nama penuh, berapa orang yang akan hadir

 
Perayaan “Lunar Red Night”

Dianjurkan oleh
Persatuan SLE Malaysia (Penang Chapter)

Ditajakan oleh

Tarikh
Jumaat, 26 Februari 2010

Time
7:00ptg – 9:00ptg

Tempat
YWCA Penang
8A, Jalan Mesjid Negeri
11600 Penang (peta)

Pakaian
Warna merah digalakkan

Semua Pesakit SLE & Ahli Keluarga dijemput hadir! Sila tentukan kehadiran anda selewat-lewatnya pada hari Isnin, 22 Februari 2010. Hubungi Puan Teoh, Tel: (04) 228-7672 (Isnin – Jumaat, 10:00pg hingga 3:00ptg) atau emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Makan malam secara BBQ akan dihidangkan. Sumbangan makanan ringan (halal) dialu-alukan untuk memeriahkan lagi perayaan ini!

 
Forum Awam bagi merayakan Hari Lupus Sedunia 2010

 

Tema
Penjagaan bagi Pesakit Lupus

Tempat
Auditorium, Tingkat 5
Hospital MataTun Hussein Onn
No. 2, Lorong Utara B
Off Jalan Utara
46200 Petaling Jaya
arahan

Tarikh
Ahad, 9 Mei 2010

Waktu
8:00 pagi – 2:00 petang

Program

SEMUA PESAKIT SLE, KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN SERTA ORANG AWAM DIJEMPUT HADIR!
Sila sms “FA HLS” diikuti dengan nama penuh serta jumlah orang yang akan hadir kepada PSLEM di 013–383-8644.

Hari Lupus Sedunia merupakan hari di mana pertubuhan-pertubuhan Lupus di seluruh dunia membuat seruan bagi pertambahan pendanaan untuk penyelidikan perubatan mengenai Sistemik Lupus Eritematosus (SLE), program-program pendidikan yang tepat bagi ahli-ahli profesional perubatan, pesakit-pesakit dan orang awam, serta pengiktirafan SLE di seluruh dunia sebagai isu kesihatan penting.

Bagi memperingati Hari Lupus Sedunia 2010, Persatuan Lupus Malaysia (PSLEM) akan menganjurkan sebuah forum awam di Petaling Jaya pada hari Ahad, 9 Mei, sehari sebelum tarikh sebenar, dari jam 9:00 pagi hingga 1:15 petang, diikuti oleh makan tengah hari dan sesi kaunseling bagi pesakit-pesakit SLE serta ahli-ahli keluarga mereka.

Tema bagi Forum Awam Hari Lupus Sedunia 2010 ini ialah “Penjagaan bagi Pesakit Lupus” sebagai mengiktiraf bahawa walaupun SLE merupakan gangguan auto-imun yang serius, tetapi dengan penjagaan dan rawatan yang betul, masih terdapat harapan bagi mereka yang telah didiagnos mengidap penyakit ini. Semua pesakit SLE, ahli-ahli keluarga mereka, penjaga-penjaga, rakan-rakan serta orang awam dialu-alukan menyertai forum ini. Dua sesi akan diadakan: sesi BM/Bahasa Inggeris dan sesi Bahasa Mandarin. Penyertaan adalah percuma, tetapi peserta-peserta dikehendaki mengesahkan kehadiran terlebih dahulu.

Penceramah-penceramah forum awam ini terdiri daripada doktor-doktor yang berada di barisan hadapan memberi jagaan kepada pesakit-pesakit SLE. Ceramah-ceramah mereka bertujuan untuk mendidik pesakit-pesakit SLE cara-cara untuk menjaga diri mereka serta membantu ahli-ahli keluarga mereka serta penjaga-penjaga memahami penyakit yang kompleks ini. Forum awam ini juga berharap untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap SLE supaya diagnosis awal dapat diberi dan, dengan itu, boleh memperbaiki peluang pesakit untuk hidup.


Dianjurkan oleh Ditaja oleh
Persatuan SLE Malaysia
 
Kem Keluarga 2010

Tarikh
31 Julai – 1 Ogos 2010

Tempat
Everly Resort Hotel
10km Jalan Tanjung Kling
Melaka

Tarikh terakhir untuk pendaftaran
Sabtu, 29 Mei 2010

Untuk maklumat selanjutnya, sila muat turun borang pendaftaran disini.

 
Menjadikan impian suatu realiti melalui larian

Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) telah dipilih sebagai salah satu daripada penerima dana yang dikumpulkan melalui INTI-UC Open 14km, suatu larian amal oleh Kolej Universiti INTI yang akan diadakan pada hari Ahad, 6 Jun 2010. Objektif larian ini ialah untuk mengumpulkan dana bagi PSLEM serta Persatuan Kanser Malaysia.

All PSLEM members are invited to participate in the Fun Run being held in conjunction with INTI-UC Open 14km.

Tarikh
Ahad, 6 Jun 2010

Tempat
INTI-UC, Nilai

Atur cara
06:00 pagi Pendaftaran bagi Larian Keriangan
07:30 pagi Larian 8km dan Larian Keriangan bermula
09:45 pagi Bas mula mengambil pelari-pelari yang gagal menamatkan larian dalam masa yang ditetapkan
11:00 pagi Upacara penutup
12:15 tgh Acara tamat

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun risalah dan lawati laman web INTI-UC Open 14km.

 
Hari Lupus Sedunia 2010 di Malaysia

Sempena memperingati Hari Lupus Sedunia tahun ini, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) telah mengadakan satu forum setengah hari pada 9 Mei (sehari sebelum Hari Lupus Sedunia pada 10 Mei) berdasarkan tema “Penjagaan untuk Pesakit Lupus”. Tema ini memperakui hakikat bahawa walaupun lupus merupakan suatu gangguan auto-imun yang serius, namun dengan diagnosis awal serta rawatan dan penjagaan yang betul, terdapat harapan bagi mereka yang telah didiagnosis menghidap penyakit ini.

Acara yang diadakan di auditorium Institut Oftalmologi Negara, yang terletak dalam bangunan Hospital Mata Negara Tun Hussein Onn, bermula dengan pemeriksaan gula dalam darah, tekanan darah dan indeks jisim tubuh, serta perundingan percuma yang disediakan oleh kakitangan Columbia Asia Extended Care Hospital. Selepas tamat pemeriksaan, sarapan pagi telah dihidangkan.

Akibat daripada sambutan yang amat menggalakkan, sebahagian daripada peserta-peserta yang berjumlah lebih kurang 260 orang terpaksa berdiri. Peserta-peserta terdiri daripada pesakit dan ahli keluarga mereka, jururawat dan kakitangan perubatan lain, serta orang awam. Penceramah-penceramah forum – doktor-doktor yang berada di bahagian hadapan pemberian penjagaan bagi pesakit-pesakit SLE di Malaysia – telah bercakap tentang perkara-perkara yang berkisar dari organ-organ yang terlibat dalam SLE hingga ke jenis-jenis ubat yang digunakan serta kesan sampingannya, dari diet dalam SLE hingga ke cara untuk menjaga kesihatan mereka. Dua buah forum dijalankan serentak, satu dalam Bahasa Malaysia bergabung dengan Bahasa Inggeris, dan satu lagi dalam Bahasa Mandarin.

Sebelum forum awam berkenaan bermula, Jawatankuasa Eksekutif PSLEM telah naik ke pentas untuk memotong kek Hari Lupus Sedunia, sebuah kek yang mempunyai logo Hari Lupus Sedunia di atasnya. Upacara pemotongan kek Hari Lupus Sedunia ini telah menjadi satu tradisi semenjak Hari Lupus Sedunia 2007.

Oleh kerana 9 Mei juga merupakan Hari Ibu, PSLEM telah menyediakan program khas bagi kanak-kanak yang datang bersama ibu bapa mereka ke forum awam berkenaan. Aktiviti-aktiviti yang disediakan termasuklah melukis kad Hari Ibu dengan rama-rama, serta menghias kek cawan untuk dimasukkan ke dalam kotak hadiah, yang kemudiannya diikat dengan reben. Wajah-wajah bangga dan senyuman yang terukir di muka ibu-ibu, yang kebanyakannya pesakit SLE, amat memberi kepuasan kepada kami dan membuat segala usaha kami berbaloi.

PSLEM ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Roche (Malaysia) Sdn. Bhd. yang telah menaja kos auditorium dan makanan yang dihidangkan pada hari itu, dan Ego Pharm Malaysia Sdn. Bhd. yang telah membekalkan sampel-sampel krim penahan matahari kepada pesakit-pesakit SLE.

Presiden PSLEM Prof. Madya Dr. Esha Das Gupta menyambut kedatangan peserta-peserta Forum Awam Hari Lupus Sedunia

Pemotongan kek Hari Lupus Sedunia oleh Ahli Jawatankuasa PSLEM
Dari kiri ke kanan: Ooi Chooi Im (Bendahari Kehormat), Helen Yong (bekas Penolong Bendahari Kehormat), Prof. Madya Dr. Esha Gupta Das (Presiden), Dr. Heselynn Hussein (Bekas Presiden), Nur Shaminah Mustafa Kamalu (Setiausaha Kehormat)

Bekas Presiden PSLEM Dr. Heselynn Hussein semasa penyampaian beliau tentang “Bagaimana SLE Boleh Menjejaskan Badan Anda”

Sesi Mandarin oleh Dr. Loo Kok Lim, Pakar Perunding Reumatologi, Hospital Pantai Ipoh. Beliau telah bercakap tentang bagaimana pelbagai organ boleh terlibat dalam SLE

Kanak-kanak bergembira semasa menjalankan aktiviti melukis kad serta menghias kek cawan dan kotak hadiah

 
«MulaSblm212223242526SeterusnyaTamat»