Kem Keluarga 2008 – 15 & 16 November

Kem Keluarga PSLEM 2008 akan diadakan pada 15 & 16 November di Everly Hotel Resort di Melaka. Ahli-ahli PSLEM yang merupakan pesakit dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu, ibubapa bagi pesakit yang belum berkahwin dan suami/isteri serta anak-anak bagi pesakit yang telah berkahwin) akan mendapat subsidi sebanyak 50% bagi kos penginapan serta makanan di hotel (berdasarkan harga untuk unit “quad-sharing”). Tarikh terakhir untuk pendaftaran adalah Sabtu, 27 September 2008. Untuk maklumat selanjutnya, sila muat turun borang pendaftaran disini.

 
PSLEM Penang Chapter to hold DeepaRaya Open House

Date
Sunday, 2 November 2008

Time
12:00 p.m. – 3:00 p.m.

Venue
Persatuan SLE Malaysia (Penang Chapter)
CO-13-GF, Kompleks Masyarakat Penyayang
Jalan Utama
10450 Penang
(map)

Programme
12:00 noon – 12:10 p.m.
Welcome Speech by Dr. Tan Bee Eng

12:10 p.m. – 12:30 p.m.
Getting to know you

12:30 p.m. – 1:30 p.m.
“Makan Makan”

1:30 p.m. – 3:00 p.m.
Floral Demo, Games & Lucky Draw

 
Walk-a-Payung 2008

Klik sini untuk membesarkan poster

Walk-a-Payung 2008 bagi membantu mereka yang menghidap Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) akan diadakan pada hari Ahad 14 Disember di luar Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Selangor. Acara ini merupakan satu acara di mana peserta-peserta membawa payung sambil berjalan sejauh dua kilometer.

Objektif-objektif Walk-a-Payung:

  1. Menggunakan payung bagi menimbulkan kesedaran bahawa pesakit SLE tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari. Ini adalah kerana SLE merupakan sejenis penyakit yang serious. Melalui acara ini, PSLEM berharap dapat menyumbang kepada diagnosa awal di kalangan penghidap SLE di Malaysia.
  2. Mengumpul dana untuk Tabung SLE bagi pesakit-pesakit SLE yang memerlukan penggantian sendi atau pembedahan katarak (disebabkan penggunaan steroid yang lama), serta ubatan-ubatan yang mahal.
  3. Bagi mengekalkan kedudukan Persatuan SLE Malaysia dalam Buku Rekod Malaysia sebagai “Penyertaan Terbesar Pejalan Kaki Berpayung”. Tahun lepas, rekod Walk-a-Payung ialah 727 peserta. Tahun ini, untuk memecahkan rekod berkenaan, PSLEM mesti mencapai sekurang-kurangnya 880 orang peserta (lebih 20%).

Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, YB Hannah Yeoh, yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap SLE, akan memulakan Walk-a-Payung ini. Acara untuk sekeluarga yang setengah hari ini akan juga menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma (ujian-ujian gula dalam darah, tekanan darah tinggi, dan indeks massa badan), persembahan muzik dan tarian, serta kuiz mengenai SLE.

PSLEM menjemput semua pesakit SLE dan ahli keluarga mereka serta orang awam untuk berjalan bagi tujuan kebajikan. Tiket-tiket Walk-a-Payung yang berharga RM20 seorang boleh didapati di PSLEM.

Penginapan
Bagi pesakit SLE dari lain negeri dan keluarga mereka yang ingin menginap di hotel pada 13 dan 14 Disember, sila hubungi Siew Lian atau Lucy di PSLEM, Tel: (03) 7957-7672, atau hantar sms kepada 013-383-8644 berserta nama dan alamat serta tulis “Kem Keluarga Walk-a-Payung” untuk mendapatkan borang penyertaan.

Walaupun sekarang merupakan waktu puncak cuti, namun PSLEM telah berjaya mendapatkan kadar RM80 bersih bagi sebuah bilik dengan samada sebuah katil queen-size atau dua buah katil single (sila nyatakan pilihan anda) di Suns Inns Hotel, yang terletak bersebelahan Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid. PSLEM akan menyediakan makanan sebanyak tiga kali – makan tengahari hari Sabtu, buffet steamboat hari Sabtu malam, serta sarapan pagi hari Ahad – dengan bayaran RM20 bagi seorang orang dewasa dan RM9 bagi seorang kanak-kanak berumur di antara 4 hingga 10 tahun.

 
Launch of Walk-a-Payung 2008 receives good media coverage

Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) held a press briefing on Thursday, 4 December 2008, to launch its Walk-a-Payung 2008 event. The launch was well covered by various newspapers in the three languages, as well as by an online publication.

Harian Metro, 6 December 2008

wap-coverage-harianmetro-1-1

China Press, 6 December 2008

wap-coverage-chinapress-1

Sinar Harian, 7 December 2008

wap-coverage-sinarharian-1

Click here for readable image

New Straits Times, 9 December 2008

wap-coverage-nst-1

Kosmo!, 10 December 2008

wap-coverage-kosmo-1

Click here for readable image

Star Metro, 10 December 2008

wap-coverage-thestar-1

Click here for readable image

Time Out KL (Online)

wap-coverage-timeout-1

The Walk-a-Payung 2008 event will be held on Sunday, 14 December 2008, at Sunway Pyramid, Banda Sunway, Selangor.

Click here for more information

Pro-bono media relations services for Persatuan SLE Malaysia's Walk-a-Payung 2008 provided by About Communication Sdn Bhd


Other Coverage

1088 Walk-ed a Payung

(SJEcho Online)

 
Aktiviti Walk-a-Payung PSLEM telah memecahkan rekodnya sendiri

Sejumlah 1,088 peserta berjalan dengan membawa payung di sekitar Sunway Pyramid pada pagi Ahad, 14 Disember 2008, sememangnya telah berjaya meningkatkan kesedaran bahawa pesakit SLE mesti mengelak daripada terkena cahaya matahari. Penyertaan mereka dalam acara Walk-a-Payung 2008 juga telah membantu Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) memecahkan rekodnya sendiri dalam Buku Rekod Malaysia bagi kategori “Penyertaan Terbesar Pejalan Kaki Berpayung”. Jumlah peserta seramai 1,088 telah mengatasi jumlah 727 peserta pada tahun lepas dengan hampir 50%.

Acara jalan kaki ini telah diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, YB Hannah Yeoh, Presiden PSLEM Prof. Madya Dr. Esha Das Gupta, dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Walk-a-Payung, Datin Rahmah Kassim, serta dua tetamu istimewa dari Singapura, iaitu pasangan kembar, MTV VJ May dan Choy.

Di bawah adalah beberapa gambar menarik dari acara ini.


Dari kiri, pasangan kembar MTV VJ Choy dan May, Dr. Esha, YB Hannah Yeoh dan Datin Rahmah bersedia untuk memulakan acara jalan kaki mereka, dilindungi sepenuhnya dari cahaya matahari


Sebahagian daripada peserta yang mengambil bahagian, setiap seorang membawa payung untuk melindungi mereka dari cahaya matahari


Peserta mengambil “goody bag” mereka selepas acara berjalan kaki


Suasana pesta pada acara Walk-a-Payung 2008


Pemeriksaan kesihatan percuma bagi peserta


Datin Rahmah. Dr. Esha, YB Hannah serta Lion C C Sang menayangkan sijil Buku Rekod Malaysia yang mengesahkan acara Walk-a-Payung tahun ini telah berjaya memecahkan rekod


May menandatangani kalendar May & Choy 2009 untuk Datin Rahmah sambil diperhatikan oleh Dr Esha

Pautan
Senarai Pemenang Cabutan Bertuah Walk-a-Payung
Walk-a-Payung 2008: Liputan Akhbar
Sidang Akhbar, 4 Disember 2008: Liputan Akhbar

 
Walk-a-Payung 2008: Press Coverage

Please click on each item for a larger, more readable image.

chinapress-081215-thb
China Press
15 December 2008
nanyang-081215-thb
Nanyang Siang Pau
15 December 2008
sinarharian-081215-thb
Sinar Harian
15 December 2008
sinchew-081215-thb
Sin Chew Jit Poh
15 December 2008
sun-081215-thb
The Sun
15 December 2008
harianmetro-081216-thb
Harian Metro
16 December 2008
 

Pro-bono media relations services for Persatuan SLE Malaysia's Walk-a-Payung 2008 provided by About Communication Sdn Bhd


Other Coverage

1088 Walk-ed a Payung
(SJEcho Online)

 
«MulaSblm212223242526SeterusnyaTamat»