Walk-a-Payung 2009

Walk-a-Payung 2009 (WAP 2009), dianjurkan oleh Kumpulan Sokongan Kuching Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) yang baru sahaja ditubuhkan, merupakan acara berjalan kaki sejauh 4 km dengan memakai payung. Walkaton ini akan bermula dari Amphitheatre di Jalan Budaya, Kuching, Sarawak pada hari Ahad, 13 Disember pada jam 8.00pagi.

Objektif WAP 2009 adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai Sistemik Lupus Erythematosus (SLE), iaitu sejenis penyakit di mana sistem imun badan menyerang tisu-tisu badan yang sihat. Berjalan dengan menggunakan payung adalah untuk mewujudkan kesedaran bahawa pesakit-pesakit SLE terpaksa mengelakkan daripada cahaya matahari.

DAFTAR SEKARANG & SERTAI ACARA ISTIMEWA INI. Semua dialu-alukan. Sila hubungi Puan Chong dari Kumpulan Sokongan Kuching di (016) 897-3943 untuk mendapatkan borang penyertaan WAP 2009. Anda cuma perlu menderma sebanyak RM20.00 kepada Kumpulan Sokongan Kuching dan dapatkan t-shirt WAP 2009. Sila pakai t-shirt WAP 2009 anda ke Amphitheatre pada 13 Disember untuk mengambil payung dan topi WAP 2009 anda secara percuma dan mula berjalan. Kaunter pengambilan dan pendaftaran akan dibuka pada jam 7.00pagi pada 13 Disember. Sarapan pagi dan minuman percuma akan diberikan selepas acara berjalan kaki.

Ahli-ahli Kumpulan Sokongan Kuching PSLEM bergambar dengan kain rentang Walk-a-Payung 2009 di Amphitheatre di Jalan Budaya, Kuching, tempat permulaan dan penghabisan acara berjalan kaki

Kumpulan Sokongan Kuching PSLEM ingin merakamkan penghargaan kepada Sanofi-Aventis kerana telah menaja t-shirt, payung dan topi yang direka khas untuk WAP 2009; New Century Lions Club dari Kuching Emerald untuk sokongan mereka, Aloha Delicatessen & Bakery yang membekalkan sarapan pagi, dan juga Sung Hoe Trading Sdn Bhd yang menaja minuman Ovaltine.

 
PSLEM, Kumpulan Sokongan Kuching: Notis Mesyuarat Agung Tahunan yang Pertama

Rujukan: PSLEM-Kuching/AGM2009
1 Disember 2009

Kepada Ahli-Ahli Persatuan SLE Malaysia di Sarawak

Doktor / Tuan/Puan

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG PERTAMA
KUMPULAN SOKONGAN KUCHING, PERSATUAN SLE MALAYSIA

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Kumpulan Sokongan Kuching, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : Hari Ahad, 13 Disember 2009
Masa : 10:30 pagi
Tempat : Amphitheatre, Jalan Budaya, Kuching
Agenda :
  1. Kata-kata aluan daripada Presiden, Jawatankuasa Pro-tem, Kumpulan Sokongan Kuching PSLEM
  2. Memilih Ahli-ahli Jawatankuasa Kumpulan Sokongan Kuching PSLEM bagi tahun 2009/2011

Pendaftaran akan bermula pada 10.00 pagi. Jamuan ringan akan disediakan.

Usul-usul daripada ahli hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Setiausaha Eksekutif PSLEM dan dihantar ke Persatuan SLE Malaysia, Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 16, Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya, Selangor, atau melalui e-mel kepada Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya atau Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya sekurang-kurangnya lima (5) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.

Sekian, terima kasih.

”KE ARAH MASYARAKAT PENYAYANG”

Yang benar


Chee Siew Lian
Setiausaha Eksekutif
Persatuan SLE Malaysia

 
Pesta “Hidup Dengan SLE”

Tema

SLE Tak Menghalang Kehidupanku

Tempat

Dewan Utama, Tingkat Bawah

Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

16, Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya (peta)

Nota: Bangunan yang sama dengan Persatuan SLE Malaysia

Tarikh

Ahad, 20 Disember 2009

Masa

2:30 ptg – 5:30 ptg

Program

2:30 ptg Mewarna Rambut Anda Menggunakan Inai

 

Lily Loh

Bahan kimia yang terdapat di dalam pewarna rambut telah menyebabkan pesakit SLE Lily mendapat ruam, tetapi tidak sekiranya menggunakan inai. Lily akan menunjukkan demonstrasi bagaimana untuk menambah minyak zaiton ke dalam inai untuk melembutkan rambut (inai menyebabkan rambut menjadi kering) dan bagaimana untuk menambah teh atau kopi untuk mendapatkan warna rambut yang anda inginkan.

3:00 ptg Membuat Enzim Cecair daripada Bahan Buangan Organik

 

Cheah Geik Kim

Bagi sesetengah pesakit SLE, bahan pencuci kimia boleh menyebabkan reaksi allergic. Pesakit SLE Geik Kim akan menunjukkan cara membuat enzim cecair dan memberi tip-tip untuk menggunakannya dalam membasuh baju dan pinggan mangkuk anda, dan juga untuk mengemop lantai…tanpa sebarang bahan kimia.

3:30 ptg Bagaimana Untuk Mengelak daripada Sinaran Matahari dan Masih Kelihatan Menarik

 

May Yap

Anda rasa memakai payung kelihatan seperti orang tua? Pesakit SLE May dan juga kumpulan “line dancing”nya akan menggayakan koleksi topi-topi yang cantik menawan yang boleh membantu pesakit SLE daripada terdedah kepada cahaya matahari. Selepas itu mereka akan mempersembahkan satu tarian “line dancing” di mana anda semua boleh menyertainya untuk melancarkan perjalanan darah masing-masing.

4:00 ptg Mengapa Sayur-sayuran Organik Adalah Lebih Baik

 

Go Green Organic Sdn Bhd

Go Green Organic Sdn Bhd, sebuah kebun organik di Bukit Sentosa, Rawang akan memberikan ceramah mengenai kebaikan memakan sayuran organik. Mereka juga akan menjual sayuran organik pada harga yang istimewa semasa Pesta “Hidup dengan SLE”.

4:15 ptg Memasak Menggunakan Sayuran Organik

 

Green Meadow Organic Café

Green Meadow Organic Café, sebuah kafe vegetarian, akan menunjukkan demonstrasi bagaimana untuk membuat beberapa hidangan istimewa mereka, termasuklah Salad Oriental, Pau Kacang Berinti Salad, Pau Kacang Berinti Beras Perang, dan juga Beehoon Goreng. Dan tentu sekali, kita akan menikmati makanan-makanan yang disediakan pada hari itu!

5:30 ptg Bersurai

 

“Fun Time” Istimewa untuk Kanak-kanak

Lukisan Muka untuk Kanak-kanak oleh Ms Saka daripada Ghana

PSLEM membantu dalam menghijaukan bumi!

Biasanya, kami menyediakan pinggan dan cawan pakai buang untuk anda. Sekarang, kami menggalakan anda membawa bekas makanan dan minuman sendiri yang boleh diguna semula untuk jamuan ringan anda. Walaubagaimanapun, kami masih akan terus menyediakan sudu dan garpu pakai buang untuk kemudahan anda. Amalan baru ini adalah sebahagian daripada usaha PSLEM untuk mengurangkan penggunaan bahan-bahan tidak terbiodegradasi. Terima kasih.

Penyertaan Percuma

Penyertaan adalah percuma, tetapi anda perlu mengesahkan kehadiran anda lebih awal. Untuk mengesahkan kehadiran, sms kepada Siew Lian ke nombor: (013) 3838-644 selewat-lewatnya pada Rabu, 16 Disember 2009. Taip PESTA HADIR 20 DIS<>nama penuh anda<>dan berapa orang dewasa dan kanak-kanak.

Contoh: PESTA HADIR 20 DIS SITI ABU BAKAR 2 DEWASA 1 KANAK.

 
PSLEM is one of the beneficiaries of The Edge-Bursa Malaysia KL Rat Race 2009

PSLEM was selected as one of the beneficiaries of The Edge-Bursa Malaysia Kuala Lumpur Rat Race 2009 organised by The Edge and Bursa Malaysia and supported by Yayasan Bursa Malaysia. Modelled after the Carey Wall Street Rat Race in New York, the Kuala Lumpur Rat Race provides the platform for corporations to fulfil their corporate social responsibilities in a fun way.

Our volunteers who helped out at PSLEM’s information booth at the event on 11 August, witnessed brightly dressed teams from 67 local and foreign companies arriving at Bursa Malaysia’s Exchange Square amidst the chorus and colour of cheerleading squads. CEOs were seen warming up in their full work attire.

A record 159 teams participated in the race and contributed a record total of RM1.75 million, which was shared among the 20 selected charities. PSLEM received RM87,500 towards its work of initiating and nurturing the start-up of SLE support groups throughout Malaysia. With this, it is hope that the social support systems for SLE patients and their family members will be strengthened.

Editor-in-chief of The Edge Ho Kay Tat, who is also the advisor of the KL Rat Race said, “Many companies have supported this event continuously every year, which certainly shows their commitment and loyal following of this race to benefit charity.”

CEO of Bursa Malaysia, Dato’ Yusli Mohamed Yusoff, said, “For the past decade, Corporate Malaysia has been racing for very noble reasons and has demonstrated their commitment to this corporate social responsibility (CSR) programme.” Since the race’s debut in 2000, more than RM9.4 million has been given out to 110 charitable organisations.

PSLEM President Assoc. Prof. Dr. Esha Das Gupta (left) receiving a mock
cheque from the Advisor of the KL Rat Race and Editor-in-Chief of The Edge,
Ho Kay Tat (right), and CEO of Bursa Malaysia, Dato’ Yusli Mohamed Yusoff (centre)

Deputy Finance Minister (1) Y.B. Dato’ Wira Chor Chee Heung taking a look
at PSLEM’s leaflets at our information booth. On his right is Bursa Malaysia Chairman Tun Mohamed Dzaiddin Haji Abdullah; on his left is PSLEM Executive Secretary Chee Siew Lian

 
Walk-a-Payung in Kuching helps raise public awareness on SLE

On December 13, about 200 people, made up of people suffering from Systemic Lupus Erythematosus (SLE), their families, and friends, walked 4 km with opened umbrellas around the heart of Kuching city to raise public awareness of the auto-immune disorder.

The Walk-a-Payung (WAP) used the umbrella to emphasise that SLE patients have to avoid the sun. The event was organised by PSLEM’s recently formed Kuching Chapter whose main objectives are to create public awareness of SLE, to counsel patients and their families on how to cope with the disease, and to provide social and psychological support and financial assistance to needy SLE patients.

Said Ms. Ingrid Ning, the Chairperson of the WAP Organising Committee, “About 20 of us patients and family members met together three months ago and decided that it was time to start a support group for SLE patients in Kuching, just like the SLE support groups that patients in Kuala Lumpur, Selangor, Sandakan, and Penang have started under Persatuan SLE Malaysia. This Walk-a-Payung is our first event to raise public awareness of SLE as well as to inform patients in Kuching in particular, and Sarawak in general, of our existence.”

WAP Committee Chairperson Ingrid Ning welcoming participants to the
Walk-a-Payung 2009 event in Kuching

Kuching Chapter Medical Adviser Dr. Teh Cheng Lay thanking the sponsors

WAP participants posing for a picture at the scenic Amphitheatre in
Jalan Budaya, Kuching – the starting point of the walkathon

Off to a good start, umbrellas in hand

“Yes, we finished, and among the first to do so, too!”

Support all the way from Head Office – Lucy Goh (right) and and Liew Nyet Nyuen from the PSLEM Secretariat in Petaling Jaya helping out at this year’s Walk-a-Payung event in Kuching

 
PSLEM membuka cawangan baru di Pulau Pinang

Pejabat PSLEM Malaysia yang baru dibuka di Pulau Pinang (PSLEM Pulau Pinang) di Kompleks Masyarakat Penyayang di Jalan Utama, telah bermula dengan baik hasil kemurahan hati orang Pulau Pinang yang mesra.

Pada awalnya, pejabat yang kosong itu perlu dibersihkan, perlu dicat semula, dan lantai simennya memerlukan linoleum. Bilik itu juga memerlukan bidai-bidai tingkap serta kunci bagi pintunya. Berhadapan dengan situasi sedemikian, Koordinator Projek PSLEM, Nancy Ong, telah meminta bantuan daripada rakan-rakan serta saudara-mara beliau yang berada di Pulau Pinang.

Baca Lagi...
 
«MulaSblm212223242526SeterusnyaTamat»