Gaya Hidup
- Dinasihatkan menggunakan krim pelindung cahaya matahari (mengandungi SPF sekurang-kurangnya 45)
- Gunakan payung, topi atau pakai baju lengan panjang untuk mengelakkan terkena
cahaya matahari yang berlebihan
Ubat
- Sila ikut arahan doktor
- Jangan berhenti makan ubat tanpa kebenaran doktor
- Jangan campur ubat anda dengan ubat yang tidak diketahui asal-usulnya. Ini adalah untuk mengelakkan interaksi yang tidak diingini antara ubat
Rawatan susulan
- Berjumpa doktor sebagai mana yang telah ditetapkan
- Patuhi arahan doktor
Tekanan
- Cuba elakkan tekanan kerana ia akan mengakibatkan penyakit menjadi aktif
- Sentiasa berfikiran positif
Diet
- Kenalpasti makanan yang sesuai dengan sistem individu anda
- Amalkan diet yang seimbang dan sihat
- Pastikan diet anda rendah garam, rendah lemak, rendah gula dan mengandungi kalsium dan Vitamin D yang mencukupi
Jika anda mempunyai apa-apa soalan mengenai SLE, sila hantarkan e-mail kepada kami di alamat pslem@streamyx.com.