Beban kerja PSLEM telah bertambah dengan pertambahan ahli-ahlinya dan ianya merangkumi tugas-tugas berikut:
- MenIngkatkan kesedaran mengenai SLE, simptom, diagnosa, serta rawatnnya di kalangan ahli-ahli perubatan serta orang ramai, supaya diagnosa awal dan pengurusan yang betul dapat diberi kepada pesakit-pesakit SLE di Malaysia. Usaha ini dilakukan melalui risalah, surat berita, forum awam, forum doktor serta publisiti melalui TV, radio dan media cetak.
- Mendidik pesakit serta ahli keluarga mereka mengenai berbagai aspek SLE melalui ceramah, sesi terapi berkumpulan, dan sesi “Doktor dan Anda” yang diadakan semasa khemah keluarga.
- Menyediakan khidmat kaunseling percuma untuk membolehkan pesakit dan ahli keluarga mereka memahami dan menangani cabaran penyakit kronik ini. Ini dilakukan melalui sesi kaunseling di hospital dan melalui telefon, serta kaunseling secara bersemuka. Pertanyaan melalui e-mel juga kian bertambah.
- Memula dan menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan SLE di Malaysia bertujuan untuk mengukuhkan sistem sokongan pesakit SLE dan keluarga mereka.