Skip to content
- Memberi bantuan sosial dan psikologikal kepada pesakit SLE serta keluarga mereka.
- Meningkatkan pemahaman tentang SLE dan Penyakit Campuran Tisu Penghubung (MCTD) di kalangan pesakit SLE, keluarga mereka serta masyarakat secara umumnya.
- Mengumpul, menyusun dan menyebarkan maklumat tentang sebab, pencegahan, program-program penyelidikan dan bantuan yang sedia ada bagi menangani SLE dan MCTD yang berkaitan.
- Beroperasi sebagai pusat sumber bagi maklumat dan penulisan berkenaan SLE dan MCTD yang berkaitan.
- Menggalak dan meningkatkan penyelidikan dan aktiviti lain berkaitan dengan pencegahan, diagnosa, sebab dan rawatan bagi SLE dan MCTD yang berkaitan.
- Menambahkan bantuan kewangan bagi penyelidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan bagi SLE dan MCTD berkaitan.
- Menganjur dan mengendalikan projek-projek yang menawarkan perkhidmatan kepada pesakit SLE dan MCTD berkaitan.
- Bekerjasama dengan semua agensi awam dan swasta yang berkaitan bagi mereka yang mengidap SLE dan MCTD berkaitan.
- Mengesyor dan membantu dalam pembentukan undang-undang yang mungkin diperlukan untuk menolong dan mempertingkatkan perkhidmatan kepada mereka yang mengidap SLE dan MCTD berkaitan.
- Berkempen untuk menerima, memegang dan memohon dana, hadiah, harta pesaka serta wang peninggalan atau keuntungan daripadanya bagi mana-mana tujuan yang terkandung dalam objektif kami.
- Menyelaras perkembangan dan perjalanan semua aktiviti yang berkaitan dengan SLE dan MCTD berkaitan.