Apakah masaalah terbesar mengenai SLE?
Simptom SLE mungkin meneyerupai simpton penyakit lain. Masalah utama ialah kerosakan kepada buah pinggang dan sumsum tulang tidak dapat dikesan sehingga peringkat akhir penyakit.
Mengapakah doktor mendapati sukar untuk mendiagnosa SLE?
Pada peringkat awal SLE, mungkin terdapat hanya satu atau dua simptom yang nyata. Oleh yang demikian, doktor hanya dapat membuat diagnosa selepas beberapa minggu, bulan atau pun tahun.
Mengapakah sesetengah pesakit mengalami kesan SLE yang ringan sementara bagi pesakit lain, kesannya terlalu teruk hingga mengakibatkan kematian?
Tiada siapa yang tahu. Sesetengah pesakit mengeluarkan antibodi antinuklear (ANA) dalam badan mereka. Ada berbagai jenis ANA, ada yang menyerang buah pinggang dan otak. Walau bagaimanapun, samada keadaan pesakit teruk atau tidak, adalah penting bagi mereka mematuhi nasihat doktor terutama semasa penyakit menjadi aktif. Kemungkinan juga pesakit yang mempunyai simptom yang ringan akan mengidap simptom yang lebih teruk kemudiannya.
Bolehkah pesakit Lupus sembuh sepenuhnya?
Buat masa ini penyakit Lupus hanya boleh dikawal dan bukan disembuhkan sepenuhnya. Rawatan yang diberi berbeza dan bergantung kepada pesakit. Pesakit yang mengalami simptom ringan seperti sakit sendi, ruam, demam dan keletihan memerlukan rawatan yang berbeza berbanding pesakit yang keadaannya lebih teruk. Kami berasa lega kerana terdapat berbagai pilihan rawatan sekarang berbanding 20 tahun dahulu.
Apakah maksud pengurangan (remission) dalam lupus?
Ia bermakna penyakit tidak lagi aktif dan pesakit hanya memerlukan rawatan yang minima.