
Rujukan: PSLEM/AGM2010
 15 Jun 2010
Y.Bhg. Puan Sri / Y.Bhg. Datuk / Y.Bhg. Datin / Tuan / Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-15
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke-15 Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) akan diadakan pada hari Ahad, 27 Jun 2010, 2:30 petang di pejabat PSLEM, Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, No.16, Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya, Selangor (peta) mengikut jadual seperti berikut:
| 2:30 petang | Pendaftaran | 
| 3:00 petang | Ceramah ”Kesihatan Tulang dan SLE” oleh Dr. Yeap Swan Sim, Pakar Perunding Rhematologi & Naib President PSLEM | 
| 3:30 petang | Mesyuarat Agung Tahunan Ke-15 | 
| 4:30 petang | Jamuan ringan | 
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Ke-15 adalah seperti berikut:
- Ucapan Presiden PSLEM
 - Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-14 yang diadakan pada 28 Jun 2009
 - Menimbang dan meluluskan Lapuran Jawatankuasa bagi tahun 2009/2010
 - Menimbang dan meluluskan Akaun Teraudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2009
 - Memilih Ahli-ahli Jawatankuasa bagi tahun 2010/2012
 - Melantik firma audit untuk akaun bagi tahun 2010
 
Usul-usul daripada ahli hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Setiausaha Kehormat PSLEM sekurang-kurangnya lima (5) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.
Sekian, terima kasih.
”KE ARAH MASYARAKAT PENYAYANG”
Yang benar,
![]()
 Nur Shaminah Mustafa Kamalu
 Setiausaha Kehormat
 Persatuan SLE Malaysia
