Rujukan: PSLEM/AGM2008
16 Jun 2008
Y.Bhg. Tan Sri/Y.Bhg. Puan Sri/Y.Bhg. Datuk/Y.Bhg. Datin/Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-13
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke-13 Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) akan diadakan pada hari Sabtu, 28 Jun 2008 di Dewan Kuliah 1, Kompleks Pendidikan Canselor Tuanku Jaafar, Pusat Perubatan UKM (dahulu Hospital UKM), Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur, mengjkut jadual seperti berikut:
2.30 petang | Pendaftaran |
3.00 petang | Ceramah “Having SLE and Thinking Positively About It” oleh seorang Pakar Psikiatri |
3.30 petang | Mesyuarat Agung Tahunan Ke-13 |
4.30 petang | Jamuan ringan. Sila melawat gerai “Anything Butterfly” PSLEM untuk membeli cenderamata-cenderamata |
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Ke-13 adalah seperti berikut:
- Ucapan Presiden PSLEM
- Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-12 yang diadakan pada 30 Jun 2007
- Menimbang dan meluluskan Lapuran Jawatankuasa bagi tahun 2007/8
- Menimbang dan meluluskan Akaun Teraudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2007
- Memilih Ahli-ahli Jawatankuasa bagi tahun 2008/2010
- Melantik firma audit untuk akaun bagi tahun 2008
Usul-usul daripada ahli hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Setiausaha Kehormat PSLEM sekurang-kurangnya lima (5) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.
Sekian, terima kasih.
“KE ARA MASYARAKAT PENYAYANG”
Yang benar
Chew Pek Yee
Setiausaha Kehormat
Persatuan SLE Malaysia