
Rujukan: PSLEM/AGM2009
 18 Jun 2009
Y.Bhg. Puan Sri/Y.Bhg. Datuk/Y.Bhg. Datin/Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-14
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke-14 Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) akan diadakan pada hari Ahad, 28 Jun 2009, 2:00 petang bertempat di PSLEM, Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, No. 16, Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya, Selangor (peta).
Jadual adalah seperti berikut:
| 2:00 petang | Pendaftaran | 
| 2:15 petang | Sessi ”Exercise for SLE Patients” oleh Cik Vimala Marimuthu, Consultant Physiotherapist  | 
| 2:45 petang | Mesyuarat Agung Tahunan Ke-14 | 
| 3:45 petang | Jamuan ringan | 
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Ke-14 adalah seperti berikut:
- Ucapan Presiden PSLEM
 - Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-13 yang diadakan pada 28 Jun 2008
 - Menimbang dan meluluskan Lapuran Jawatankuasa bagi tahun 2008/9
 - Menimbang dan meluluskan Akaun Teraudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2008
 - Melantik firma audit untuk akaun bagi tahun 2009
 
Usul-usul daripada ahli hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Setiausaha Kehormat PSLEM sekurang-kurangnya lima (5) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.
Sekian, terima kasih.
”KE ARAH MASYARAKAT PENYAYANG”
Yang benar,
![]()
 Nur Shaminah Mustafa Kamalu
 Setiausaha Kehormat
 Persatuan SLE Malaysia
